Pengenalan
Latar Belakang
Yayasan Sultan Iskandar Johor adalah sebuah syarikat berhad yang telah diperbadan dan didaftarkan pada 21hb. Ogos 1984. Yayasan ini ditubuhkan bagi menganjurkan tujuan-tujuan khairat dan kebajikan seperti yang dinyatakan dalam MOA ("Memorandum of Association").
Misi & Wawasan Korporat
BERUSAHA untuk:
-
menjadi pemimpin dalam kerja-kerja sukarela.
-
memain peranan dalam bidang pendidikan saintifik dan kebajikan.
-
menjadi lebih peka terhadap golongan yang tertindas, tidak mampu dan menjadi mangsa.
Objektif
Objektif Yayasan yang utama adalah mewujudkan dan mengekalkan dana untuk digunakan bagi tujuan-tujuan berikut:
-
Kemajuan pendidikan daripada semua jenis bidang yang diiktiraf oleh sistem pendidikan di Malaysia.
-
Mengukuh, menjaga dan mentadbir dana biasiswa untuk memajukan moral, intelektual dan pendidikan fizikal serta kebajikan kepada pelajar-pelajar yang sepatutnya menerima dan memerlukan.
-
Memberi anugerah biasiswa untuk pengajian pra ijazah dan lepas ijazah.
-
Meringankan beban si miskin dan yang terdesak oleh umur, keuzuran, kurang bernasib baik, tidak terdaya menjaga diri dan tanggungan khasnya balu-balu dan anak-anak yatim.
-
Menaja mereka yang memerlukan pertolongan daripada segi moral, tujuan sosial atau kebajikan.
-
Membantu mangsa kebakaran, banjir, kebuluran, takdir tuhan atau lain-lain bencana.
-
Meringankan kesengsaraan seterusnya meningkatkan taraf hidup manusia dengan memerangi, merawat dan melindungi daripada kesakitan atau keuzuran mahupun penyakit melalui peruntukan perubatan, kemudahan pembedahan dan perkhidmatan.
-
Memberi bantuan dan meringankan dengan apa jua cara dan hubungan kepada institusi kebajikan.
-
Memberi, membangun dan meningkatkan semua jenis sukan tetapi tidak terhad kepada memberi padang permainan, kawasan rekreasi dan kemudahan sukan untuk orang awam semata-mata.