Permohonan Biasiswa


1. Pra Ijazah (UTM Skudai & UTHM Batu Pahat Sahaja)

Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Sains Komputer dan Alam Bina (UTM Skudai).
Kejuruteraan, Sains, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (UTHM Batu Pahat).

Nilai Anugerah
RM11,000 setahun (tidak termasuk yuran universiti).

Syarat Kelayakan

  1. Dilahirkan di Johor.

  2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU
    Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-pusat matrikulasi; ATAU
    Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas.

  3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di UTM atau UTHM.

  4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman.

Cara Memohon
Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat atau muat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup: Telah ditutup dan akan dibuka semula pada Ogos/September 2014.



2. Lepas Ijazah

Bidang Pengajian
Kejuruteraan, Sains, Matematik & Undang-Undang.

Nilai Anugerah
RM16,800 setahun (tidak termasuk yuran pengajian).

Syarat Kelayakan

  1. Berumur 40 tahun dan ke bawah.

  2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua Atas atau PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana Muda bagi pengajian Sarjana dan PNGK 3.50 dan ke atas pada peringkat Sarjana bagi pengajian Doktor Falsafah.

  3. Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat pengesahan daripada majikan.

  4. Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.

  5. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana organisasi lain.

Cara Memohon
Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap mesti dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

Tarikh Tutup: Telah ditutup dan akan dibuka semula pada Jun/Julai 2014.