Permohonan Derma


Projek Literasi Komputer

Projek Literasi Komputer Yayasan di sekolah-sekolah menengah luar bandar di negeri Johor dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ). JPNJ akan mencadangkan beberapa buah sekolah yang memerlukan bantuan kepada Yayasan. Pihak Yayasan yang akan memilih sekolah-sekolah yang bakal menerima bantuan komputer beserta jumlahnya.

Sekolah-sekolah yang memerlukan bantuan komputer bolehlah menghubungi Unit ICT & Perkomputeraan, Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk dicalonkan sebagai penerima bantuan Projek Literasi Komputer Yayasan.


Mesin Dialisis

Yayasan menyumbang mesin-mesin dialisis kepada pusat-pusat dialisis di seluruh negeri Johor. Yayasan juga membantu menggantikan mesin-mesin dialisis lama yang telah diderma tetapi tidak boleh digunakan lagi dengan mesin yang baru.


Pertubuhan Anak-Anak Yatim

Yayasan memberi derma kepada pertubuhan anak-anak yatim baik daripada segi infrastruktur, peralatan, pendidikan dan sebagainya.


Bencana Alam

Yayasan memberi pertolongan kepada mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.


Pusat-pusat dialisis, pertubuhan-pertubuhan anak yatim dan mangsa-mangsa bencana alam yang memerlukan bantuan bolehlah menghantar surat permohonan rasmi yang dialamatkan kepada Pejabat Pentadbiran Yayasan.