Program & Aktiviti


Pada masa ini Yayasan menumpukan perhatian kepada aspek-aspek kebajikan iaitu biasiswa dan derma:


Biasiswa

  1. Pra ijazah - anak-anak Johor daripada keluarga miskin yang belajar di UTM Skudai dan UTHM Batu Pahat.

  2. Lepas ijazah - anak-anak Malaysia yang belajar di universiti-universiti tempatan.

Sehingga akhir 2011, seramai 188 orang pelajar telah diberikan anugerah biasiswa Yayasan di mana 119 orang daripadanya sudah menamatkan pengajian.


Derma

  1. Projek Literasi Komputer bagi sekolah-sekolah menengah luar bandar di negeri Johor.

  2. Mesin dialisis bagi pusat-pusat dialisis di negeri Johor.

  3. Pertubuhan anak-anak yatim yang memerlukan bantuan di negeri Johor.

  4. Mangsa-mangsa bencana alam seperti banjir, gempa bumi, tsunami dan sebagainya.