top of page

Permohonan Biasiswa

Biasiswa

 

​

  1. Ijazah Pertama (UTM dan UTHM Sahaja)

 

Bidang Pengajian

Kejuruteraan, Seni Bina dan Sains Komputer

 

Nilai Anugerah

Berjumlah RM11,000 setahun. Yuran pengajian akan ditanggung oleh Yayasan.

 

Syarat Kelayakan

 

  1. Dilahirkan di Johor atau ibu/bapa anak negeri Johor.

 

   2. Lulus dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau setaraf, dengan mendapat                     sekurang-kurangnya 2A dalam matapelajaran Sains atau Matematik; ATAU

       Mendapat PNGK 3.50 dan ke atas bagi pelajar-pelajar kemasukan terus daripada pusat-           pusat Matrikulasi; ATAU

       Mempunyai Diploma dengan kelulusan PNGK 3.50 dan ke atas.

 

   3. Mengikuti kursus Tahun Pertama di peringkat Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa           di UTM/UTHM.

 

   4. Belum menerima sebarang tawaran biasiswa atau pinjaman.

 

Cara Memohon

 

Borang permohonan boleh didapati daripada pejabat HEP, UTM Skudai dan UTHM. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang dinyatakan diiklan. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

Tarikh Tutup: Tiada permohonan biasiswa dibuka bagi tahun 2024.

 

​

 

     2. Lepasan Ijazah dan Kepakaran

 

Bidang Pengajian

Kejuruteraan, Sains & Matematik

 

Nilai Anugerah

Elaun biasiswa yang merangkumi keperluan sara hidup, yuran pengajian dan elaun tesis akan ditawarkan. Suatu jaminan akan dikenakan ke atas biasiswa ini di mana penerima dikehendaki berkhidmat selama 5 tahun dengan Jabatan Kerajaan atau Syarikat swasta dalam Malaysia.

 

Syarat Kelayakan

​

  1. Berumur di bawah 40 tahun.

​

   2. Memperolehi sekurang-kurangnya Kelas Kedua atau PNGK 3.50 dan ke atas pada                     peringkat Sarjana Muda.

​

   3. Boleh mendapatkan cuti belajar sekiranya sedang bekerja dengan mengemukakan surat           pengesahan daripada majikan.

​

   4. Mesti mempunyai bukti keperluan kewangan.

​

   5. Mesti mendapat tawaran melanjutkan pengajian pada tahun ini. Sesiapa yang telah                   memulakan pengajian sebelum tahun ini tidak digalakkan memohon.

​

   6. Mesti bersedia menjalani pengajian sepenuh masa. Pelajar separuh masa tidak akan                dipertimbangkan.

 

  7. Tidak menerima sebarang bantuan kewangan/pinjaman/biasiswa daripada mana-mana            organisasi lain.

 

Cara Memohon

Borang permohonan boleh dimuat turun di sini. Hanya mereka yang menepati syarat-syarat kelayakan seperti yang tersebut di atas perlu memohon. Borang yang telah lengkap perlu dikembalikan sebelum atau pada tarikh seperti yang tertera di bawah. Calon-calon yang terpilih sahaja akan dimaklumkan untuk menjalani sesi temuduga. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan.

 

Tarikh Tutup: Tiada permohonan biasiswa dibuka bagi tahun 2024.

bottom of page